Soalan 1 :
APAKAH KONSEP BINAAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DITAWARKAN OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN?
Jawapan 1 : RUMAH-RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ADALAH RUMAH KEDIAMAN TIGA BILIK TIDUR SERTA DILENGKAPI KEMUDAHAN DUA BILIK AIR BERKONSEP MESRA KELUARGA DAN SELESA. IANYA DIJUAL PADA KADAR HARGA YANG MAMPU DIMILIKI OLEH LAPISAN MASYARAKAT.
Soalan 2 :
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
Jawapan 2 : PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR INI TERBUKA KEPADA RAKYAT JOHOR ATAU YANG TELAH MENETAP DI JOHOR LEBIH DARI 5 TAHUN DAN BERUMUR DARI 18 TAHUN KE ATAS DENGAN PENDAPATAN KASAR BULANAN TIDAK LEBIH DARIPADA RM8,000 PENDAPATAN KASAR BULANAN.
Soalan 3 :
SEMUA DOKUMEN SERTA SLIP GAJI, SURAT PENGESAHAN KERJA YANG SAYA SERAHKAN KEPADA PIHAK SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ADALAH SALINAN ASAL DAN SAYA TIDAK MEMPUNYAI SALINAN (DUPLICATE), BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN SEMULA SALINAN-SALINAN TERSEBUT?
Jawapan 3 : TIDAK. SEMUA DOKUMEN YANG TELAHPUN DIHANTAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN SEMULA KEPADA PEMOHON. IANYA ADALAH UNTUK KEGUNAAN SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN SEKIRANYA ADA PERKARA YANG BERBANGKIT DI KEMUDIAN HARI.
Soalan 4 :
DALAM BAJET KERAJAAN JOHOR 2015, PENERIMA KUNCI RUMAH KOS RENDAH AKAN DIBERIKAN BAUCER RM1000. BERAPA LAMAKAH MASA PROSES TUNTUTAN BAUCER TERSEBUT DILAKUKAN?
Jawapan 4 : KELAYAKAN SEBENAR PENERIMA BAUCER TERSEBUT. BAYARAN AKAN DIBUAT DALAM TEMPOH 14 HARI SELEPAS KAMI MENERIMA TUNTUTAN YANG LENGKAP. UNTUK MAKLUMAN TUAN JUGA, BORANG PERMOHONAN BAUCER RM1000 BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN. BAGI SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PULA , HANYA UNTUK PEMBELI YANG MEMBELI RUMAH JENIS PERUMAHAN KOMUNITI JOHOR (PKJ)A, (PKJ)B, DAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ). PEMBELI HANYA LAYAK DIBERI SEKALI SAHAJA OLEH PEMBELI DAN PASANGANNYA.
Soalan 5 :
DIMANA SAYA PERLU MENGHANTAR SEMUA DOKUMEN YANG DI PERLUKAN DAN ADAKAH SURAT AKUAN SUMPAH MESTI DIBUAT DI MAHKAMAH?
Jawapan 5 : DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN DAN AKUAN SUMPAH PERLU DIHANTAR KE PEJABAT SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ISKANDAR PUTERI SAHAJA. SURAT AKUAN SUMPAH PERLU DI COP DI MANA-MANA PESURUHJAYA SUMPAH YANG BERTAULIAH ATAUPUN MAHKAMAH.
Soalan 6 :
SAYA TELAH BERJAYA MEMBUAT PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR. AKAN TETAPI, SAYA BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI BARU TEMPOH SEBULAN, DI MANA SYARAT DOKUMEN YG DIPERLUKAN ADALAH MEMERLUKAN SALINAN PENYATA GAJI 3 BULAN TERKINI. BOLEHKAH SAYA HANYA MENGEMUKAN SALINAN PENYATA GAJI 1 BULAN DIMANA SAYA BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI YANG TERKINI?
Jawapan 6 : JIKA TUAN/PUAN BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI TERSEBUT, TUAN/PUAN PERLU KEMUKAKAN SURAT TAWARAN BEKERJA DAN PENYATA GAJI 1 BULAN SAHAJA.
Soalan 7 :
BOLEHKAH PEMOHON YANG BERASAL DARI NEGERI LAIN MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
Jawapan 7 : BOLEH, TETAPI PEMOHON MESTILAH TELAH MENETAP SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN DI NEGERI JOHOR. PEMOHON JUGA PERLU SERTAKAN BUKTI MENETAP SEPERTI (LESEN MEMANDU,AKAUN BANK,SIJIL LAHIR ANAK,PASSPORT DAN LAIN-LAIN).
Soalan 8 :
BOLEHKAH PEMOHON MEMILIKI PERUMAHAN RAKYAT JOHOR LEBIH DARI SEBUAH RUMAH?
Jawapan 8 : PEMOHON YANG TELAH MEMILIKI PERUMAHAN KOMUNITI JENIS A (PKJA) IAITU RM 42,000 SELEPAS 5 TAHUN KE ATAS LAYAK MEMOHON RUMAH KEDUA PERUMAHAN KOMUNITI JENIS B (PKJB) BERHARGA RM 80,000 ATAU RUMAH MAMPU MILIK JOHOR RMMJ RM 150,000.
Soalan 9 :
MENGAPAKAH SUAMI ISTERI BOLEH MEMILIKI 2 BUAH RUMAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
Jawapan 9 : PASANGAN SUAMI ISTERI MENDAPAT 2 BUAH RUMAH KERANA PENAWARAN DIBUAT SEBELUM MEREKA BERKAHWIN.
Soalan 10 :
MENGAPAKAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DIBINA KEBANYAKANNYA STRATA (FLAT)?
Jawapan 10 : PERUMAHAN RAKYAT JOHOR DIBINA BERGANTUNG KEPADA CADANGAN PEMBANGUNAN DARI PEMAJU BERDASARKAN SAIZ DAN KELUASAN TANAH.
Soalan 11 :
BOLEHKAH SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) YANG DIPEROLEHI DISERAHKAN ATAU DI TUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN?
Jawapan 11 : SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR )YANG DIPEROLEH TIDAK BOLEH DISERAHKAN ATAU DITUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN.
Soalan 12 :
BERAPA KALI SAYA BOLEH MELANJUTKAN SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) DARI TARIKH YANG DITAWARKAN?
Jawapan 12 : SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) HANYA BOLEH DIPERBAHRUI SEBANYAK 3 KALI SAHAJA TIDAK TERMASUK TAWARAN SIJIL KALI PERTAMA.
Soalan 13 :
JIKA SAYA MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR), APAKAH LANGKAH SETERUSNYA PERLU DIBUAT?
Jawapan 13 : SELEPAS MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) PEMOHON PERLULAH MERUJUK ATAU BERURUSAN DENGAN PIHAK PEMAJU UNTUK TINDAKAN ATAU URUSAN SELANJUTNYA MANAKALA BAGI URUSAN PINJAMAN PERUMAHAN PEMOHON PERLULAH BERURUSAN DENGAN PIHAK BANK.
Soalan 14 :
BAGAIMANAKAH DENGAN PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN SISTEM LAMA?
Jawapan 14 : BAGI PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN SISTEM LAMA PEMOHON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY
Soalan 15 :
JIKA PEMOHON TELAH MENDAFTAR PERMOHONAN MENGGUNAKAN SISTEM LAMA SECARA MANUAL (BORANG BIRU) DAN TELAH MEMBUAT BAYARAN RM5 ADAKAH PEMOHON PERLU MENDAFTAR LAGI DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY?
Jawapan 15 : PEMOHON PERLU MENDAFTAR AKAUN SEMULA TETAPI TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU.
Soalan 16 :
ADAKAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SAMA DENGAN PR1MA?
Jawapan 16 : TIDAK, PERUMAHAN RAKYAT JOHOR DIBAWAH KERAJAAN NEGERI JOHOR. PENAWARAN RUMAH DIBUAT OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PROJEK DIBANGUNKAN OLEH PIHAK PEMAJU DAN PENGGUNA ATAU PEMOHON HARUS MENDAFTAR DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY MANAKALA PR1MA DIBAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN.PENAWARAN RUMAH DAN PEMBANGUNAN PROJEK DIBUAT OLEH PRIMA SENDIRI DAN PENGGUNA ATAU PEMOHON PERLU MENDAFTAR DI LAMAN WEB WWW.PRIMA.MY.
Soalan 17 :
JIKA SAYA TELAH MEMPEROLEH SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR). BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PENAMBAHAN NAMA PADA SIJIL?
Jawapan 17 : BOLEH, BAGI YANG BERKAHWIN HANYA NAMA PASANGAN SAHAJA DIBENARKAN MANAKALA BAGI BERSTATUS BUJANG HANYA NAMA IBU DAN BAPA SAHAJA DIBENARKAN.
Soalan 18 :
APAKAH KONSEP PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
Jawapan 18 : KONSEP PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SEKARANG IALAH PERMOHONAN MENGILKUT PROJEK. PERMOHON BOLEH MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SEMASA TEMPOH PROJEK DIIKLANKAN SAHAJA DAN TIDAK DIBENARKAN MEMOHON SELEPAS TARIKH TUTUP PENGIKLANAN.JIKA TIDAK BERMINAT DENGAN PROJEK YANG DIIKLANKAN PEMOHON PERLU MENUNGGU PROJEK LAIN SEHINGGA PROJEK TERSEBUT DIBUKA UNTUK PENGIKLANAN.
Soalan 19 :
BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MEMASTIKAN PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DIPOHON BERJAYA ATAU TIDAK?
Jawapan 19 : UNTUK MENGETAHUI PERMONAN BERJAYA ATAU TIDAK PEMOHON BOLEH MENYEMAK PERMOHONAN MELALUI 2 CARA: I. MEMASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMOHON DI RUANGAN "SEMAKAN" DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY DAN II.LOG MASUK KE DALAM AKAUN DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY DAN PEMOHON PERLU MENYEMAK PERMOHONAN DI RUANGAN "STATUS"
Soalan 20 :
APAKAH SP2MJ?
Jawapan 20 : SP2MJ AILAH SISTEM PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG TELAH DINAIKTARAF PADA 1 OGOS 2018.SITEM INI BERBEZA DARIPADA SISTEM TERDAHULU YANG MANA PERMOHONAN SISTEM SP2MJ INI ADALAH MENGIKUT PROJEK.MELALUI SISTEM INI PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEBANYAK 3 KALI MENGIKUT PROJEK DI DALAM SATU TEMPOH MASA PENGIKLANAN.SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN MELALUI SP2MJ PEMOHON YANG LAYAK DIKEHENDAKI MENGHANTAR DOKUMEN KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN PERUMAHAN DALAM TEMPOH PENGIKLANAN PROJEK.JIKA GAGAL MEGHANTAR DOKUMEN DALAM TEMPOH PENGIKLANAN PERMOHONAN TERSEBUT DIKIRA GAGAL.SELEPAS DOKUMEN DIHANTAR DAN PENGESAHAN DIBUAT PEMOHON AKAN MENERIMA SURAT PEMBERITAHUAN DIMANA PROSES UNDIAN TERBUKA AKAN DIJALANKAN.SETERUSNYA PEMOHON YANG BERJAYA DIDALAM PROSES UNDIAN AKAN MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR).